Ziarah ke sebuah rumah yang terbakar

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami ke Parit Abbas Benut, Ziarah ke sebuah rumah yang terbakar, Allahuakbar, sedih rasa, kebakaran melibatkan kemalangan jiwa (seorang warga emas), anak yang duduk bersama dan menjaga Allahyarham juga melecur pada kedua belah kakinya.

Kami datang kongsi sedih, beri kata semangat dan beri sumbangan tunai, moga sedikit sebanyak ringankan beban dan Allahyarham ditempatkan bersama golongan soleh.Hadir menyerahkan sumbangan Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Mohd Rafi Abdullah, hadir sama Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MAINJ Daerah Pontian, Ustaz Sulaiman Mohammed dan pimpinan setempat.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF