Ziarah ke kediaman Allahyarham adik Iqbal

posted in: Bantuan, Umum | 0

Ke kediaman Allahyarham adik Iqbal Hasnun, pelajar Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar Perak yang kemalangan dan meninggal dunia bersama 4 rakannya tempoh hari.

Sayu rasa, kami datang beri semangat pada keluarga, buatkan bacaan tahlil, doa dan sampaikan sumbangan, moga keluarga terus kuat dan tabah, Allah tempatkan Allahyarham bersama golongan soleh.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه

Ya Allah! Ampunilah almarhum (jenazah),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.”

Hadir ziarah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu dan Rektor Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) Prof. Madya Dr. Hussin Salamon.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF