Sumbangan kepada 4 madrasah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Suka tengok pelajar-pelajar tahfiz, semua pakai jubah, kopiah, serban putih nampak bersih, duduk ramai-ramai mengaji.

Semalam kami ke Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Huffaz Negeri Johor di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Johor, dalam majlis ini kami sampaikan sumbangan kepada 4 madrasah, setiap madrasah menerima RM10,000.00.

Ya Allah, jadikan kami, anak-anak kami dekat dengan al-Quran, suka baca al-Quran, hafaz al-Quran dan jadikanya sebagai panduan hidup Amin Ya Rab.

Hadir Sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Pengurusan, YB Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim, Mufti Johor, YB Dato’ Haji Yahya Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu dan Pengarah Jabatan Agama Islam Johor YB Dato’ Haji Md. Rofiki Dato’ Samsuddin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF