Bantuan keperluan perubatan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Nizam seorang yang ceria, selalu buat keluarga gembira. Sejak kecil rajin bantu keluarga. Ujian Allah, beliau sakit, tempurung kepalanya terpaksa dikeluarkan dan diganti tempurung tiruan.

Kini beliau lumpuh dan perlu perhatian penuh dari keluarga, masa ziarah kami pegang tangan beliau, kami cakap, “Nizam tidak sempurna di sini, tapi kalau Nizam baik, mak redha Allah jadikan Nizam sempurna di akhirat. Takpe di sini kita kurang, di sana kita sempurna”. Menangis Nizam, sebak kami rasa.

Sebelum balik kami sampaikan beberapa keperluan, kerusi roda, susu khas, pampers dan ubat-ubatan, moga sedikit sebanyak mengurangkan beban beliau.

Hadir ziarah Amin Baitulmal MAINJ Daerah Kota Tinggi, Ustaz Luqmanul Hakim Ab Rahman.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF