Kunjungan ke pejabat SME Corporation

posted in: Asnaf, Zakat | 0

Kunjungan ke pejabat SME Corporation Cawangan Johor Bahru, kami bertukar-tukar pandangan dan membincangkan beberapa perkara:

1. Kerjasama hebahan kewajipan berzakat kepada peniaga-peniaga yang berdaftar di bawah SME Corp.

2. Program kerjasama kepada asnaf yang berniaga termasuk padanan geran dan penambahbaikan program bagi tujuan peningkatan ekonomi asnaf.

Terima kasih kepada Pengarah SME Corp Malaysia Cawangan Johor, Encik Muhammad Aqil Baharin. Hadir sama Penasihat MAINJ YB Dato’ (Dr.)Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis MAINJ YB Dato’ Haji Tahrir Dato’ Haji Samsuddin dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Sulaiman Ismail.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF