Ziarah ke Pulau Tanjung Surat Daerah Kota Tinggi

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami ke Pulau Tanjung Surat Daerah Kota Tinggi, ziarah dari rumah ke rumah, bawakan keperluan perubatan, pampers, susu khas dan beri wang tunai pada semua, dengan izin Allah kami akan bantu juga secara bulanan untuk keperluan perubatan mereka.

Terima kasih kepada pimpinan setempat yang bersama-sama kami, moga ada pahala buat semua.

Hadir menyerahkan sumbangan Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot.Hadir sama Ahli Majlis MAINJ, Dato’ Haji Tahrir Dato’ Haji Samsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Kota Tinggi, Ustaz Luqmanul Hakim Ab Rahman.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF