Ziarah 5 keluarga

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Malam tadi kami ziarah dan berbual-bual dengan 5 keluarga, ujian berbeza buat semua, ada suami yang terlantar dan perlu perhatian penuh, ada isteri yang baru meninggal dunia dan anak-anak masih kecil, ada yang sakit jantung dan tidak boleh buat kerja-kerja berat.

Kami bawakan juga keperluan asas dan beri wang tunai, dengan izin Allah kami akan sentiasa ada untuk mereka, moga Allah pelihara dan permudahkan urusan semua.Hadir menyampaikan sumbangan Ketua Penolong Pengarah Zakat Baitulmal Dan Wakaf MAINJ, Ustaz Haji Azlan Abdullah.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF