Bantuan kos pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN)

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

RM10,000.00 kepada Puan Norliyana bagi kos pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Masa kami sampai beliau sudah menunggu, kami jumpa di tempat kerjanya sahaja, beliau telah 8 tahun bekerja di sini (McDonald’s), dengan pendapatan yang diperoleh itulah beliau menampung perbelanjaan keluarga termasuk seorang anaknya yang masih kecil.

Ramah berbual, tidak henti beliau ucap terima kasih, dalam masa terdekat ini beliau akan jalani pembedahan jantung, dan perlu menetap di IJN selama 20 hari. Sebelum balik kami beri juga wang tunai untuk keperluan ke IJN nanti, kami sama-sama doa, bergenang air mata beliau mengaminkan. Moga Allah permudahkan urusan pembedahannya dan kembali sihat sebagaimana biasa.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ Encik Sulaiman Ismail.