Program Ceramah Perdana di Felda Nitar 2

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Malam semalam kami berada di Felda Nitar 2, ceramah perdana, disampaikan oleh Timbalan Mufti Johor, Sohibus Samahah YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohamed.

Alhamdulilah bermula daripada pagi, Briged Ansar MAINJ bersama-sama penduduk setempat gotong-royong mengecat pagar masjid, memasak bersama Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dan edaran makluman berkaitan zakat (booklet) dari rumah ke rumah. Selepas Zohor kami bawa 55 beg keperluan makanan asas ke kampung orang asli Tanjung Tuan, sampaikan kepada semua penduduk disana.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, Pengurus Felda Nitar 2, Jawatankuasa Masjid Felda Nitar 2 dan penduduk setempat.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF