BAGAIMANA MENGURUSKAN HARTA LUQATAH

posted in: Baitulmal | 0

BAGAIMANA MENGURUSKAN HARTA LUQATAH?

Tahukah anda bahawa harta atau barang yang dijumpai diistilahkan sebagai harta luqatah atau dari segi hukum syarak ialah harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya. Ia juga ditakrifkan sebagai harta tanpa milik yang dihormati yang dijumpai di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut.

Harta luqatah terletak bidang kuasanya di bawah Baitulmal kerana ia adalah sebahagian daripada harta yang tertakluk kepada hukum syarak. Baitulmal merupakan badan berautoriti yang bertanggungjawab untuk memegang amanah bagi harta atau barang yang dijumpai oleh mana-mana orang Islam.

Ia sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 18 Ramadhan 1433H bersamaan 7 Ogos 2012 :

“Setelah dilihat dengan penuh penelitian dari segala sudut, hukum dan aspek maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bersetuju dengan prosedur pengurusan harta luqatah dibawah kelolaan bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk dilaksanakan”.

Oleh yang demikian, kami mengajak kepada seluruh umat Islam di negeri Johor supaya menyerahkan mana-mana harta atau barang termasuk wang yang dijumpai ke Baitulmal MAINJ. Serahan boleh dibuat di Pejabat Daerah MAINJ.

SERAHLAH HARTA YANG DIJUMPAI KE BAITULMAL MAINJ.

Pelbagai info berkaitan boleh di rujuk di Baitulmal MAINJ.
Keterangan lanjut sila hubungi pejabat Baitulmal MAINJ di talian : 07-222 2114 / 113.