Majlis tautan ukhwah bersama pesawah

posted in: Asnaf, Bantuan, Zakat | 0

Majlis tautan ukhwah dan penyampaian sumbangan tunai kepada kelompok pesawah, Sawah Ring dan Pulau Penarik Tangkak.

Kami raikan juga 80 pesawah dan turut menerima zakat perniagaan daripada Ppk B Gambir dan zakat pertanian dari seorang individu.

(PPK) Bukit Gambir turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 4 syarikat sempena Modenisasi Estet Padi Sawah Ring iaitu:
1. Taaveekun HQ
2. All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
3. Agricultural Chemicals M Sdn. Bhd.
4. Probumi Agritech Sdn. Bhd.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Majlis MAINJ, YB Dato’ Haji Tahrir Dato’ Haji Samsuddin.

Hadir Sama Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor, YBhg Dato’ Sawalludin Ahmad, Ahli Majlis MAINJ, Tuan Haji Anuar Sarimin dan Pegawai Penyelia Daerah Encik Mohd Zaid Ali Kamarulzaman.