Projek pembangunan asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Satu projek pembangunan asnaf 2022-2023 Majlis Agama Islam Negeri Johor akan di laksanakan di daerah Muar bagi menaik taraf usahawan asnaf di daerah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu, berkata, “MAINJ akan menyediakan sejumlah peruntukan untuk projek-projek pembangunan asnaf yang dikenal pasti di setiap daerah dalam negeri Johor”.

“Bagi daerah ini satu cadangan projek intergrasi telah dikenal pasti bagi meningkatkan eko komuniti dalam kalangan asnaf, bertepatan dengan slogan MAINJ bantu, Asnaf sejahtera, pembayar zakat gembira ke Syurga.” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program Lawatan Kerja ke Dimpiana Agro Farm, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Dimpiana Agro Farm, Dr. Baharuddin Mohamed, Penghulu Mukim Sungai Balang, Tok Halim, Penolong Pengarah Pembagunan Asnaf, Sh Haffie Awab dan Amin Baitulmal Daerah Muar Ustaz Adzrul Taib.