Ziarah keluarga Allahyarhamah Nurul Nazihah

posted in: Bantuan | 0

Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi menziarahi keluarga Allahyarhamah Nurul Nazihah binti Kamalul Arifin, individu yang terkorban dalam kemalangan dan kebakaran di KM 45.7 Simpang Renggam – Sedenak. Dalam ziarah ini Amin Baitulmal Daerah Kota Tinggi, Ustaz Luqmanul Hakim Ab Rahman menyampaikan sedikit pesanan dalam memberi kesabaran & ketabahan buat ahli keluarga atas kehilangan ini.

Di akhir ziarah ini, Ustaz Luqmanul Hakim membacakan doa & menyampaikan bantuan wang tunai kepada En Redzuan Jamil, suami kepada Allahyarhamah Nurul Nazihah.

Semoga kehadiran kami dari Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi dapat meringankan sedikit bebanan emosi dan perasaan atas ujian berat buat keluarga Allahyarhamah Nurul Nazihah.