Sumbangan kepada mangsa bencana banjir

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Siang tadi kami sampaikan kit kebersihan diri, pek makanan, set ibadah & wang tunai kepada saudara kita yang di uji dengan bencana (banjir) di 3 Daerah

Hadir menyerahkan sumbangan, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Dato’ Haji Mohd Noh Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Haji Abu, Pegawai-Pegawai Daerah, Amin Baitulmal MAINJ Daerah & semua Pimpinan Masyarakat Setempat.

Terima kasih juga kepada semua agensi pemberi bantuan & anggota yang terlibat Dalam Pengurusan banjir, Polis, JKM, RELA, JPAM dan lain-lain.