Program “Ziarah Mahabbah”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Dengan kerjasama Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, kami hadir menziarahi pesakit-pesakit, bawakan hadiah, wang tunai & sama-sama doa dengan mereka dalam program “Ziarah Mahabbah”.

Kami turut mengundang wakil dari Syarikat Berkat Sauda Supply merupakan pembayar zakat MAINJ, beliau sama-sama menyampaikan sumbangan kepada pesakit.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap Timbalan Pengerusi MAINJ Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Kadi Daerah Kluang, As Sheikh Haji Sabaruddin Isnin, Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Zakuan Ghazali & Amin Baitulmal MAINJ Daerah Kluang, Ustaz Norhisham Md Sawal.Terima kasih kepada pihak hospital sudi menerima kunjungan kami.

Hadir sama bagi pihak hospital Timbalan Pengarah (Pengurusan), Puan Yusnizah Mohamad Salleh & Ketua Penolong Pengarah, Dr Ishak Ali.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF