Ziarah peniaga daerah Tangkak

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Ziarah peniaga-peniaga di sekitar daerah Tangkak, kami sampaikan kepada mereka RM500.00 seorang, insyaAllah mereka akan gunakan untuk keperluan tambahan modal/barang niaga yang mereka perlu.

Kami peruntukan RM50,000 untuk 100 peniaga di daerah ini. Moga perniagaan mereka terus maju, menjadi pembayar ZAKAT suatu hari nanti.

Hadir menyampaikan sumbangan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Tangkak, Ustaz Al Azhar Ahmad fadzil.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF