FIDYAH

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak 675 gram. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin.

Di Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), kami menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin

Bil
Golongan
Fidyah
1

Orang yang meninggalkan puasa Wajib kerana uzur syar'ie atau sengaja

Wajib qada' sebelum datangnya Ramadan akan datang, sekiranya masih belum di Qada' maka dikenakan fidyah
2

Uzur tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa.

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu meng-qadha puasanya.

3

Ibu hamil atau menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan:

1. Kandungannya terjejas
2. Air susunya kering
3. Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang sekiranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka berpuasa kerana dirinya dikenakan fidyah berganda WAJIB qadha sebelum ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.


Kadar fidyah bagi tahun 1429H ialah RM 1.25 sehari.
Pengiraan Fidyah (beras)
1 gantang Baqdad = 2.7kg
1 cupak beras = 675gram  
atau bersamaan dengan RM 1.25 bagi sehari yang ditinggalkan

 

Pengiraan Fidyah

Kaedah 1

Contoh: Sekiranya seseorang telah meninggalkan puasa selama 10 hari pada tahun 2005, pengiraannya seperti berikut:

2005    
2006 1+ } 6
2007 2+
2008 3
Jumlah 6  

6 x RM5.00 (fitrah semasa) x 10 hari (tinggal puasa)
--------------------------------------------------------------------------------------
4 ( nilai mud / cupak )

= RM 75.00

Kaedah 2

Contoh :
Seseorang meninggalkan puasa selama 10 hari tetapi sudah bertahun-tahun dan tidak mengetahui tahun bila ditinggalkan puasanya itu, Pengiraannya seperti berikut:

3 ( ulama bersepakat) x RM 5.00 (fitrah semasa ) x 10 hari (tinggal puasa)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
4 { nilai mud / cupak )

=RM 37.50

 

Prosedur Pembayaran Fidyah
  1. Pembayar Datang Ke Kaunter Mengisi Borang Maklumat (fidyah)
  2. Pegawai Akan Menyemak
  3. Betul (*jika salah ulang ke no.2)
  4. Buat Pembayaran Fidyah
  5. Mengeluarkan Resit
  6. Fidyah Selesai