| Pada
15-17 Januari 2008 bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson,
MAIJ telah mengadakan Bengkel Saham Wakaf Johor dengan disertai oleh
63 orang peserta. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj.
Gaffar Bin Gurahu selaku Pengerusi Biro Agama UMNO Johor merangkap
Adun Mahkota.Objektif bengkel ini adalah bagi mencari kaedah yang
terbaik dalam menjelaskan konsep Saham Wakaf Johor dan seterusnya
mempromosikan Saham tersebut.Antara perkara yang difokuskan adalah
mengenai pelancaran Saham Wakaf Johor
Fasa ke dua bagi tujuan pembelian sebuah bangunan asrama enam tingkat
di Kaherah, khas untuk kegunaan pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti
Al-Azhar Mesir. Turut hadir bersama Dato' Hj. Zalil Bin Baron (Ketua
Eksekutif MAIJ), Ustazah Hjh. Raimah Bte Kemat (Timbalan Pengarah
Jabatan Agama Johor), Prof. Madya Dr.Yahya Bin Jusoh (UTM), Ustaz.
Mohd Ismail Bin Mustari (UTM), Dr. Siti Mashitoh Bte Mahamood (UM)
dan juga wakil-wakil dari negeri Selangor,Terengganu, Pulau Pinang
dan Johor Corporation. |