JOHOR
BAHRU - Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Urus Sdn. Bhd. akan melaksanakan
tiga projek fardu kifayah untuk kemudahan awam dengan membina pusat
dialisis, pusat bersalin dan lima kedai halal yang akan beroperasi
sepenuhnya pada Mac tahun depan.Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ Urus,
Dato’ Hj. Zalil Baron berkata, projek tersebut yang melibatkan
kos sekitar RM1.5 juta akan dibina kawasan tanah milik MAIJ di sekitar
bandar raya ini.
Katanya, untuk tujuan itu, pusat dialisis dan pusat bersalin akan
dibina di bangunan sedia ada iaitu Bangunan Wakaf Johor di Jalan
Skudai. Dato’ Zalil yang juga Pengarah Jabatan Agama Johor,
(JAJ) berkata, pihaknya memperuntukkan sekitar RM1 juta bagi mengubah
suai bangunan itu yang akan dilengkapi kemudahan untuk pusat diali¬sis
dan juga pusat bersalin. “Kami merasakan sudah sampai masanya
MAIJ Urus menyediakan kemudahan seumpama itu, kerana keperluannya
amat tinggi dan mendesak.
“Buat masa ini pusat dialisis anjuran MAIJ yang terdapat di
seluruh Johor hanya mampu menampung sekitar 60 pesakit sehari dan
senarai sedang menunggu yang memohon untuk menggunakan pusat berkenaan
sekitar 600 orang,” katanya
Menurutnya, MAIJ membelanjakan sekitar RMl.800 hingga RM2,000 bagi
setiap pesakit di pusat berkenaan sebulan. Justeru dengan kewujudan
pusat dialisis itu, kos penyelenggaraan dapat dikurangkan daripada
perbelanjaan tahunan kira-kira RM5 juta untuk pusat-pusat sedia
ada.
Katanya, pusat bersalin akan dibina di bangunan yang sama bagi memberi
peluang kepada pesakit-pesakit Islam menikmati kemudahan perubatan
yang sewajarnya.
“Kedai atau ‘Mart’ halal pula kita rasakan sudah
menjadi satu fardu kifayah bagi MAIJ Urus untuk menyediakan keperluan
harian yang tidak diragukan halal oleh umat Islam. “Untuk
itu bagi peringkat permulaan, kita telah mengenal pasti lima premis
di sekitar bandar raya ini untuk menjual barangan halal seperti
pasar-pasar mini yang akan beroperasi 24 jam,” katanya.
Katanya,
projek-projek berkenaan akan diperluaskan ke seluruh negeri secara
berperingkat-peringkat dengan menjadikan bandar raya ini sebagai
projek perintis.
|