Selari dengan arus kutipan zakat semasa yang kian meningkat, bahagian pemasaran Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah menjalankan pendekatan yang lebih meluas dalam usaha menghebahkan lagi kepentingan berzakat kepada umum. Disamping itu, MAIJ turut mempunyai percaturan dan agenda tersendiri dalam misi membangun dan mempromosikan Saham Wakaf Johor selaras dengan pembangunan zakat.
Sehubungan dengan itu, Unit Potongan Gaji bahagian pemasaran zakat MAIJ telah merangka satu program Road Show anjuran bersama bahagian wakaf.
Road show ini akan dibahagikan kepada dua segmen. Untuk segmen pertama, objektif program ini bertujuan untuk memberikan penjelasan dan penerangan dengan lebih mendalam lagi berkaitan prosedur pembayaran zakat melalui pemotongan gaji (skim infaq). Segmen kedua lebih menjurus kepada konsep Saham Wakaf Johor. Program ini akan bermula dari 29 April hingga 22 Mei 2008 di seluruh daerah di negeri Johor.
Jadual "Road Show" MAIJ |
Pontian |
29 April 2008 |
Segamat |
8 Mei 2008 |
Kota Tinggi |
14 Mei 2008 |
Mersing |
9 Mei 2008 |
Batu Pahat |
13 Mei 2008 |
Muar / Ledang |
15 Mei 2008 |
Pasir Gudang |
15 Mei 2008 |
Kluang |
13 Mei 2008 |
Johor Bahru/KulaiJaya |
22 Mei 2008 |
* Maklumat lanjut sila hubungi Pejabat Agama Daerah berhampiran
|