| Johor Bahru : 6 Mac 2008, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah mengadakan Program Sepetang Bersama Petronas Dagangan Berhad bertempat di Pusat Konvensyen Persada Johor. Pada majlis tersebut pihak Petronas Dagangan Berhad telah membuat pembayaran Zakat Perniagaannya sebanyak RM 353,114.02 kepada MAIJ. Majlis tersebut kemudiannya disusuli dengan Majlis Penyerahan Bantuan Zakat kepada asnaf-asnaf zakat antaranya bantuan rumah, bantuan kerusi roda, bantuan alat pendengaran, bantuan berdikari dan bantuan perubatan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Hj. Zalil bin Hj. Baron selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ manakala En. Nik Mohamerdeka Bin Mohd. Yusof pula selaku wakil dari pihak Petronas Dagangan Berhad. |