Bulan Zakat Kebangsaan buat julung kalinya akan diadakan di negara ini atas inisiatif Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Pusat Zakat Negeri – Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri – Negeri. Program ini bermatlamat bagi mempromosikan zakat kepada umat Islam di Malaysia dalam usaha untuk memartabatkan zakat sebagai satu rukun Islam dan komponen ekonomi terpenting bagi umat Islam. Dengan tema “Zakat Memerdekakan Kemiskinan” Bulan Zakat Kebangsaan 2008 akan diadakan bermula 1 Ogos hingga 30 Ogos 2008. Pelbagai pengisian telah diatur sama ada di peringkat nasional dan peringkat negeri.
Melalui pelbagai program yang akan di jalankan adalah diharapkan masyarakat akan lebih jelas akan kepentingan berzakat dan dengan itu sentiasa bersedia, ikhlas dan redha melunaskan kewajipan berzakat.
Klik - BULAN ZAKAT KEBANGSAAN 2008