Tajuk :MAIJ terima zakat perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad

JOHOR BAHRU 23 Julai - Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menerima kutipan zakat perniagaan berjumlah RM200,000.00 daripada Bank Islam Malaysia Berhad bagi tahun kewangan 2007M untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang layak menerimanya.

Pembayaran zakat telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Dato Wan Ismail Wan Yusoh kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Y.B Zainal Abidin Osman di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.