GELANG PATAH: Bantuan membina rumah baru berjumlah RM26.300 hasil agihan zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij) diibaratkan bulan jatuh ke riba bagi dua keluarga daif di Kampung Tiram Duku, di sini.
Rumah yang siap dan mula didiami sejak dua bulan lalu itu turut membawa sinar baru kepada dua keluarga berkenaan, sekali gus memenuhi impian mereka untuk tinggal di rumah lebih selesa berbanding sebelum ini.
Bagi seorang ibu tunggal, Jainah Bidin, 80, rumah yang dibina dengan bantuan Maij itu membuatkannya tidak lagi perlu berdepan dengan situasi getir setiap kali hujan ketika tinggal berseorangan di sebuah rumah lama yang menunggu masa menyembah bumi.
"Kini mak cik tidak lagi bimbang apabila anak cucu balik kampung sekali sekala kerana rumah yang dibina Maij jauh lebih selesa dan selamat," katanya yang mempunyai tiga anak sudah berkeluarga.
bagi Jamaliah Jailani, 46, rumah baru itu menyediakan tempat tinggal lebih selesa bagi lapan anaknya yang berusia antara dua hingga 18 tahun membesar, jika dibandingkan dengan rumah lamanya yang sempit dan usang.
"Sebagai sebuah keluarga besar, tentunya saya amat gembira dengan adanya rumah baru ini, apatah lagi ia adalah sumbangan daripada Maij," katanya.
Jainah dan Jamaliah menerima penyerahan rumah berkenaan sempena Program Khidmat Kemasyarakatan 'Zakat Perkasa Asnaf Dibela' di Masjid Kampung "Tiram Duku, di sini, semalam.
Majlis penyerahan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Nusajaya, Datuk Abdul Aziz Sapian
INFO MAJLIS PENYAMPAIAN
Program Khidmat Kemasyarakatan ' Zakat Perkasa Asnaf Dibela " Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan kerjasama JPMM Dun Nusajaya Pada 22 Mac Di Kampung Ladang & Kampung Tiram Duku Gelang Patah |
RM 6,000.00
Sumbangan MAIJ Sempena Program Khidmat Masyarakat Kampung Ladang ( Baik Pulih Rumah En Nurfaiz B. Abd Jalal, Tanah perkuburan & Masjid )
RM 39 ,447.26
Bantuan Pakaian Persekolahan Awal Tahun 2009 272 Pelajar dari 22 Sekolah Dun Nusajaya |
Hairul Anuar Bin Maridan
Kampung Pulai |
RM 300.00 sebulan (Sara Hidup Bulanan ) |
Marlia Bte Kamsir
Penempatan Sementara Tg, Pelepas |
RM 300.00 sebulan (Sara Hidup Bulanan ) |
Timah Bte Mohamad Kampung Tiram Duku |
RM 200.00 sebulan (Sara Hidup Bulanan ) |
Fatimah Bte Adan
Desa Paya Mengkuang |
RM 200.00 sebulan (Sara Hidup Bulanan ) |
Salamah Bte Ahmad
Taman Perling ( Pusat Dialisis MAIJ ) |
( Dialisis + suntikan Eprex )
RM 1,560.00 + RM 560.00 = RM 2,120.00 sebulan |
Abdul Latif Bin Adam kampung Tiram Duku |
Bantuan Bina Rumah RM 26,300.00 |
Jainah Bte Bidin
kampung Tiram Duku |
Bantuan Bina Rumah RM 26,300.00 |
Sumber Berita : Harian Metro |