Tajuk : Penyerahan zakat perniagaan oleh PNB kepada Majlis Agama Islam Johor

Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menyerahkan replika cek berjumlah RM3.1 juta kepada Dato' Mohd. Tahrir Kiyai Shamsudin (kiri) pada majlis penyerahan zakat perniagaan oleh PNB kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi tahun kewangan 2008 di Johor Bahru, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Abd. Rahman Jaafar.

Johor merupakan negeri kelima yang menerima zakat perniagaan itu bagi tahun kewangan 2008 selepas Sarawak yang menerima zakat berjumlah RM2.7 juta, diikuti Melaka (RM900,000), Pulau Pinang (RM2.2 juta) dan Pahang menerima RM1.7 juta.

Ditanya cara pemilihan negeri dan jumlah pembayaran zakat itu diagihkan, Hamad Kama Piah berkata, ia bergantung kepada jumlah penyertaan masyarakat yang melabur dalam unit amanah PNB.

Beliau berkata, pada masa ini, Johor menduduki tempat ketiga bagi jumlah pelabur manakala tempat keempat bagi nilai pelaburan.

Sumber Berita : Utusan Malaysia