Tajuk : KURSUS KEMAHIRAN MASAKAN BAKERI DAN KONFEKSIONERI ASNAF ZAKAT

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) melalui Unit Pembangunan Asnaf telah mengadakan kursus kemahiran masakan bakeri dan konfeksionari, (Membuat Roti Bun)siri 1 pada 14 dan 15 November 2009 yang lalu. Kursus ini telah mendapat kerjasama dari Nazih’s Bakeri dimana latihan yang diberikan merangkumi teori (mengenal mesin, mengenal jenis tepung, mengenal jenis roti) dan kemahiran asas untuk membuat roti bun. Kursus ini khas di adakan untuk asnaf-asnaf fakir miskin di negeri Johor yang berdaftar dibawah Bantuan Berdikari dan Bantuan Sara Hidup.

Kursus ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Ahmad Faisal Bin Mohamed selaku Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf. Kursus ini dihadiri oleh 20 orang penerima bantuan dari kalangan bantuan berdikari dan sara hidup. Dalam majlis perasmian tersebut beliau berharap peserta-peserta kursus dapat mengambil perhatian sepenuhnya semasa di dalam kursus. Ini kerana kursus tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. Wang zakat yang dilaburkan untuk pembangunan asnaf ini hendaklah digunakan dan dimanfaatkan dengan baik oleh peserta. Beliau menekankan kepentingan menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk dipraktikan apabila telah sempurna menjalani kursus tersebut.


Laporan: Unit Pembangunan Asnaf, MAIJ