Majlis
Penyampaian Bantuan Hari Raya
Johor Bahru, 8 Oktober 2007
bersamaan 26 Ramadan 1428H, satu Majlis Bantuan Hari Raya dan Majlis
Berbuka Puasa bersama Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofia Binti Al
Marhum Sultan Idris Shah telah diadakan di Hotel M-Suites Johor
Bahru. Sempena majlis tersebut, beberapa penyampaian bantuan telah
diagihkan. Antaranya sumbangan dari Pertubuhan Kebajikan, bantuan
anak-anak yatim, bantuan kanak-kanak kurang upaya dan sebagainya.
Aktiviti sepanjang Oktober :
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Lembaga Tabung Haji
bersama DYAM Tunku Mahkota Johor - Istana Pasir Pelangi
- 1 Oktober 2007
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan & Penyerahan Bungkusan
-
Kediaman Rasmi Menteri Besar - 2 Oktober 2007
Majlis Penyampaian Bantuan Zakat bersama DYMM Sultanah Negeri
Johor -
Dewan Hayati, Mawar - 3 Oktober 2007
Majlis Penyampaian Bungkusan Bantuan Zakat kepada pesakit
wad hospital Perma DYAM Raja Zarith Sofiah - Hospital Batu
Pahat - 4 Oktober 2007
Kaunter
Zakat MAIJ : Cawangan Kulai
Akan dibuka mulai 3 Oktober 2007 beralamat di Tingkat Bawah No.22,
Jalan Sri Putra 1, Bandar Putra Kulai, Johor.
Majlis "Jalinan Muhibbah
Tautan Ukhuwah" Majlis
Agama Islam Johor Bersama Profesional Islam dan Rakan Kutipan Zakat
Negeri Johor diadakan pada 25 September 2007 bersamaan 13 Ramadhan
di Pusat Konvensyen, Persada Johor.
Program
Insaniah Majlis Agama Islam Negeri Johor 2007
8 September 2007 (Sabtu) Program Insaniah Majlis Agama Islam Negeri
Johor, telah di adakan di Kampung Orang Asli Selangi, Sedili Kota
Tinggi. Pada majlis tersebut pelbagai aktiviti telah dijalankan
antaranya bergotong royong membersihkan kawasan perkampungan, bantuan
persekolahan, bantuan sara diri dan sebagainya. Program ini telah
di sempurnakan oleh S.S Dato' Hj. Tahrir Bin Dato' Hj. Kiai Shamsudin.
Majlis
Perasmian Pusat Islam Iskandar Johor
Majlis Perasmian Pusat Islam Johor oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda
Sultan Iskandar Ibni Al Marhum Sultan Ismail dan Yang di Pertuan
Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim. Pada hari Selasa
15 Sya'ban 1428H bersamaan 28 Ogos 2007M, Jam 10.00 pagi bertempat
dihalaman Jabatan Kehakiman Syariah Johor, Johor Bahru.
'Jalinan
Muhibbah Tautan Ukhuwah'
Program 'Jalinan Muhibbah Tautan Ukhuwah' telah diadakan bersama
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Ketua-ketua Jabatan Sektor
Awam Negeri Johor pada 15 Ogos 2007 bertempat di Dewan Jamuan, Bangunan
Pentadbiran UTM.
Kempen Kesedaran BerZakat 2007
Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran BerZakat 2007 dan Pelancaran
Kaunter Zakat Pasir Gudang Di Dewan Suasana, Hotel Selesa Pasir
Gudang, Pada 8 Ogos 2007, Jam 2 petang.
MAIJ Johan dalam pertandingan laman web terbaik Kerajaan Negeri
Johor 2007 bagi kategori Jabatan Persekutuan Negeri / Perbadanan.
Tahniah diucapkan! Sempena Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri
Johor (MISTI 2007), MAIJ telah dianugerahkan sebagai pemenang pertandingan
laman web terbaik Kerajaan Negeri Johor 2007 bagi kategori Jabatan
Persekutuan Negeri / Perbadanan. Semoga Maju Jaya MAIJ..InsyAllah..
(Klik
untuk galeri)
Majlis
Pembayaran Zakat Oleh Bank Pertanian
23 Julai 07 - Majlis Pembayaran Zakat
Oleh Bank Pertanian telah diadakan di Blue Wave Hotel.Jumlah amaun
pembayaran pada hari tersebut adalah sebanyak RM27,495.00. Majlis
Penyerahan zakat ini telah diwakili oleh Ketua
Pegawai Eksekutif MAIJ, Y.B Dato' Zalil bin Baron
serta di iringi Sahibus Samahah YB Mufti Negeri Johor, YB Dato'Haji
Noah Bin Gadot.
Majlis
Penyerahan Bantuan Zakat
14 Julai 2007- Kluang, Majlis Penyerahan Bantuan Zakat telah disempurnakan
di Kg. Perak, Simpang Renggam. Pada pagi tersebut, sebanyak 4 buah
rumah, sebuah kerusi roda, 2 modal perniagaan, sebuah motosikal
roda tiga dan sebuah kaki palsu telah di agihkan kepada penerima
bantuan.Jumlah keseluruhan pada majlis tersebut adalah sebanyak
RM 101,535.00.
Majlis
Penyerahan Bantuan Zakat
4
Julai 2007 - Satu Majlis penyerahan bantuan zakat telah diadakan
di Dewan MARSAH, Johor Bahru. Pada majlis tersebut penyampaian telah
disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, Y.B Dato' Zalil
bin Baron. Antara bantuan yang disampaikan adalah seperti bantuan
pendaftaran kemasukkan ke Maahad Johor, bantuan kitab kepada pelajar
yang terlibat banjir dan bantuan basikal.Jumlah bantuan pada majlis
tersebut adalah sebanyak RM1.5 Juta.
Majlis
Pembayaran Zakat Oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Majlis
Pembayaran Zakat Oleh Tenaga
Nasional Berhad
telah diadakan di Dewan Cenderawasih
Tingkat 15, Bangunan TNB Jalan Ayer Molek, Johor Bahru.Sempena majlis
tersebut pihak TNB diwakili Pengurus Besar Negeri Johor Tn Hj. Mohammad
Mokhtar bin Mohd Ali manakala pihak MAIJ diwakili oleh Mufti Negeri
Johor,YB Dato' Haji Noah bin Gadot.Jumlah
amaun pembayaran tersebut adalah sebanyak RM702,888.28
tahun perniagaan 2005M/2006M.
Majlis
Pembayaran Zakat Oleh Bank Islam Berhad
25 Jun 07 - Majlis Pembayaran Zakat
Oleh Bank Islam Berhad telah diadakan di Dewan Syura, Kompleks Islam
Johor. Jumlah amaun pembayaran tersebut adalah sebanyak RM190,019.00
tahun kewangan berakhir 2006. Majlis Penyerahan zakat ini telah
diwakili oleh YB Haji Zainal Abidin Bin Osman serta di iringi Sahibus
Samahah YB Mufti Negeri Johor, YB Dato'Haji Noah Bin Gadot.
Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan
Jun '07 - Satu majlis pembayaran zakat perniagaan telah diadakan
bersama pihak Maybank Berhad dan AM Islamic Bank Berhad. Sempena
majlis tersebut Maybank Berhad telah membayar sebanyak RM107,000.00
manakala AM Islamic Bank Berhad sebanyak RM25,597.91.
Bengkel
Pemantapan Operasi Zakat setengah tahun ke-2
19-21
Jun'07- Unit pemasaran zakat MAIJ telah mengadakan satu bengkel
Pemantapan Operasi Zakat bagi setengah tahun ke-2, bengkel ini bertujuan
bagi meningkatkan prestasi kutipan zakat pada tahun ini. Pelbagai
cadangan serta idea-idea baru telah dapat dikongsi bersama bagi
menjayakan sasaran MAIJ 2007.
PEMBELIAN
SEBUAH BANGUNAN ENAM TINGKAT
DI KAHERAH,MESIR
Pada tahun ini Majlis Agama Islam Negeri Johor telah bersetuju untuk
melancarkan Saham Wakaf Johor Fasa ke dua bagi tujuan untuk membeli
sebuah bangunan asrama enam tingkat di Kaherah khas untuk kegunaan
pelajar-pelajar yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir.Persetujuan
membeli bangunan ini adalah berdasarkan peningkatan jumlah pelajar-pelajar
Malaysia khususnya pelajar Johor melanjutkan pelajaran dalam bidang
Agama dan Perubatan di Universiti Al-Azhar pada setiap tahun.
Latar
Belakang Bangunan
Lokasi:
Bangunan yang dicadangkan ini terletak di :
No. 53 Mohamed Masdur Street, El-Hayyu Al-Awwal,Madinat Nasr,
Kaherah,
Arab Republic Of Egypt.
Keluasan Tanah: 650 m
Keluasan Bangunan: 300 m setiap tingkat
Struktur Bangunan:
Bangunan ini berketinggian enam tingkat dimana setiap tingkat
mengandungi dua apartment yang terdiri daripada ruang tamu,
ruang dapur, tiga bilik tidur dan dua bilik air bagi setiap
apartment.
Harga Bangunan
Harga bangunan termasuk urusan pengubahsuaian adalah bernilai
RM4,000,000.00 (Ringgit Malaysia : Empat Juta sahaja).Pembelian
ini akan dibiayai sepenuhnya melalui konsep Saham Wakaf Johor
ini. |
Pembayaran
Zakat Perniagaan dari Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Johor
Bahru,6 Mac 2007 - Satu majlis pembayaran zakat perniagaan telah
diadakan bersama pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB). Sempena
majlis tersebut, pembayaran telah disampaikan oleh Ketua Eksekutif
Kumpulan, Tan Sri Dato' Hamad Kama Piah bin Che Othman manakala
ia diterima oleh Y.A.B. Dato' Haji Abdul Ghani Othman,Menteri Besar
Johor selaku wakil dari pihak MAIJ.
‘POST
MORTEM’ OPERASI PUNGUTAN ZAKAT 2006
DAN PELAN STRATEGI PEMASARAN 2007
MAIJ telah mengadakan program penyemakan semula aktiviti sepanjang
tahun 2006 dan seterusnya menyediakan laporan statistik bagi tahun
2006. Sehubungan itu MAIJ juga telan merangka pelan tindakan aktiviti
dan program yang akan dilaksanakan bagi tahun 2007 agar lebih efektif
dan efisyen dalam menetapkan sasaran pungutan pada tahun 2007.
BENGKEL
PENGUMPULAN DATA PEMBAYAR ZAKAT
MELALUI POTONGAN GAJI (SKIM INFAQ)
Unit Zakat MAIJ telah mengadakan suatu sesi pemprosesan data bagi
pembayar zakat dan seterusnya memasukkannya ke dalam sistem potongan
gaji (Sistem Skim Infaq).Ini bagi memastikan setiap majikan dan
pembayar zakat melalui potongan gaji akan mendapat penyata potongan
gaji dan penyata pembayaran zakat mengikut tempoh masa yang telah
dijanjikan.
Seminar
Zakat Korporat 2006
MAIJ telah menganjurkan Seminar Zakat Korporat 2006 yang telah dirasmikan
wakil Menteri Besar, YAB Tn.Hj.Ahmad Zahri Bin Jamil . Seminar
ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan islam dan
syarikat-syarikat korporat tentang kesedaran dan kepentingan menunaikan
Zakat Korporat selain tanggungjawab menunaikan cukai pendapatan.
RMK-9
Rahmat untuk pentadbiran wakaf
Projek Hotel Wakaf
Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) menjadi rahmat kepada pengurusan
dan pentadbiran wakaf di negeri ini apabila pihak Kerajaan Pusat
bersetuju memperuntukkan RM32 juta untuk tujuan tersebut.Majlis
Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) turut diberi amanah melaksanakan
pembinaan projek hotel wakaf pertama negeri ini di lokasi yang telah
dikenalpasti. Projek bernilai sekitar RM10 juta itu bakal didirikan
di kawasan strategik di atas sebidang tanah milik Baitulmal, berhampiran
Pejabat Agama Daerah Muar.
MAIJ
BINA RUMAH BARU TIGA BERADIK DAIF
BATU
PAHAT 27 JUN – Tiga beradik warga emas Sujak , 80
Meskon 70 dan Meskon 70, dan Misran Abdul Hamid 60 yang hidup dalam
kedaifan di sebuah rumah usang di Kampung Lubok Darat, Semerah dekat
sini bakal menduduki rumah baru bernilai RM 20,000.00 menjelang
Ramadhan nanti.
Misran mewakili abang-abangnya, telah menerima replica rumah baru
yang bakal mereka duduki daripada Ketua Penolong Pengarah Baitulmal,
Zakat dan Wakaf Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ ) Yahya Ahmad baru-baru
ini.
Misran yang ditemui melahirkan rasa gembira dan berterima kasih
kepada MAIJ kerana rumah baru itu akan meleraikan masalah yang mereka
hadapi.
Kini penantian mereka untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa
dengan kemudahan asas yang lengkap akan menjadi kenyataan.
1,000
pelajar miskin terima bantuan MAIJ
Muar
- 1,000 pelajar miskin membabitkan 27 sekolah rendah, menengah dan
sekolah agama menerima bantuan persekolahan berjumlah RM91,085 dalam
majlis penyampaian di Sekolah Agama (SA) Air Hitam Batu 18, disini,
kelmarin. Bantuan RM50 bagi setiap pelajar sekolah rendah dan agama
serta RM100 bagi pelajar sekolah menengah disampaikan dalam bentuk
cek kepada guru besar dan pengetua sekolah terbabit mengikut jumlah
pelajar sekolah masing-masing.Sumbangan MAIJ di bawah Skim Bantuan
Awal persekolahan MAIJ2006 itu disampaikan, Dewan Undangan Negeri
(Adun) Bukit Naning, Datuk Abdullah Ali.Hadir sama, Ketua Penolong
Pengarah Baitulmal, Zakat dan Wakaf, Ustaz Hj.Yahya Ahmad dan Pegawai
Tadbir Daerah.
MAINJ bantu program PBSM
Johor Bahru 26 Feb
- Keprihatinan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Johor
Bahru terhadap nasib golongan warga emas dan anak-anak yatim turut
mendapat perhatian MAIJ apabila buat pertama kalinya menyumbang
kepada persatuan itu. Sumbangan sebanyak RM3,450 itu adalah bagi
menjayakan majlis meraikan 400 orang warga emas dan anak-anak yatim
di sini hari ini. Isteri Tengku Mahkota Johor, Raja Zarith Sofiah
Ibni Almarhum Sultan Idris memuji tindakan pihak MAIJ turut serta
menyumbang wang bagi menjayakan majlis itu. Beliau berkata, kerjasama
MAIJ dalam menghulurkan sumbangan menjadi bukti bahawa MAIJ sedia
membantu mereka yang kurang bernasib baik termasuk yang berlainan
agama. Raja Zarith berkata, semangat toleransi diantara satu sama
lain mesti dipupuk untuk menghindarkan negara daripada menjadi porak
peranda seperti yang dialami oleh negara luar.Justeru beliau berkata,
masyarakat di negara ini mesti terus memperbaiki hubungan silaturahim
dan terus meningkatkan semangat kerjasama demi kesejahteraan hidup.
UiTM dan Skim Infaq-IPT ketiga laksana potongan zakat
Johor Bahru 9 Feb - Universiti
Teknologi Mara (Uitm) cawangan Johor menjadi institusi pengajian
tinggi (IPT) ketiga di negeri ini yang melaksanakan skim potongan
gaji atau skim Infaq melalui satu perjanjian persefahaman (MoU)
yang berlangsung di sebuah hotel pada 8 Februari lalu. Terdahulu
IPT yang berbuat demikian ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Skudai dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO).
Pengerusi MAIJ, YB Hj Zainal Abidin Osman berkata, melalui MoU bersama
MAIJ itu, UiTM akan menerima baik 25% daripada kutipan zakat tersebut
manakala 1/16 kutipan daripadanya digunakan untuk menjalankan aktiviti
keagamaan di bawah asnaf fisabilillah. "Dari segi agihan kutipan
zakat pula, bantuan akan diberikan kepada penuntut yang tergolong
dalam kategori fakir,miskin,mualaf dan ibnu sabil" katanya.
MAIJ 2006 - Jangka Kutipan Zakat akan meningkat
Johor Bahru 8 Feb
- Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menjangkakan akan dapat mengutip
zakat berjumlah RM60 juta tahun ini berdasarkan kutipan memberangsangkan
yang diperoleh pada tahun lalu iaitu berjumlah RM49.2 juta. Jumlah
kutipan zakat tersebut melibatkan pelbagai jenis termasuk zakat
harta, perniagaan, penternakan, fitrah dan pendapatan. Sasaran peningkatan
pungutan zakat tahun ini dibuat berdasarkan pertambahan kutipan
pada tahun 2005 berjumlah RM49.2 juta berbanding hanya RM38 juta
pada tahun 2004 dan RM 34 juta pada tahun 2003. Peningkatan dalam
kesedaran membayar zakat tersebut adalah berikutan masyarakat Islam
kini mulai sedar keberkatan ia bawa kepada perniagaan dan kehidupan.
Tahniah kepada pegawai-pegawai MAIJ yang telah bertungkus lumus
berusaha untuk mencapai matlamat kutipan yang telah ditetapkan sebelum
ini.
Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan
MAIJ 5 Feb -
Mini Estate Al-Rahman yang diwakili Pengerusinya, Abdul Rahman Abbas
telah menyampaikan bayaran zakat perniagaan untuk tahun 2005 berjumlah
RM37,105.73 kepada MAIJ.Majlis tersebut telah diwakili oleh Mufti
Johor, Datuk Noh Gadut serta pegawai-pegawai dari MAIJ.
Majlis Pelancaran Skim Infaq warga KUiTTHO
Batu Pahat - Satu Majlis Menandatangani Perjanjian (MoA) di antara
KUiTTHO dan MAINJ serta Pelancaran Zakat Pendapatan & Skim Infaq
(Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji) telah diadakan pada 6 Januari
2006. Seramai 144 orang kakitangan Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn (KUiTTHO) yang beragama Islam telah menyertai bersama
dalam Skim Infaq dengan purata bayaran RM12 ribu sebulan. Syabas
dan tahniah diucapkan semoga jumlah yang menyertai skim ini akan
terus meningkat di kalangan lebih 1,400 orang kakitangan akademik
dan pentadbiran KUiTTHO.
Kutip,
agih zakat wajib patuhi hukum
Kompleks Islam-Setiap pembayaran zakat mestilah mengikut saluran
yang ditetapkan oleh pemerintah, demikian juga dengan agihannya.
Kecendurangan segelintir pihak tertentu tidak mematuhi peraturan
terutama mengagihkan sendiri zakat kepada golongan miskin tertentu
sebenarnya bertentangan dengan hukum. Mufti Johor,SS Dato' Nooh
bin Gadot dalam kenyataanya berkata umat Islam di negeri ini yang
tidak membayar zakat melalui agensi atau saluran kerajaan yang dipertanggungjawabkan,
hukumnya adalah berdosa. Beliau berkata setiap umat Islam wajib
menyalurkan bayaran zakat mereka kepada pusat-pusat dan agensi pungutan
zakat kerajaan yang ditetapkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)
dan Jabatan Agama Johor(JAJ).
Kaunter Zakat di perluaskan
Perkembangan
pungutan zakat di negeri Johor telah menunjukkan peningkatan di
mana pada tahun 2003, kutipan zakat adalah sebanyak RM 33.9 juta.
Manakala pada tahun 2004 telah meningkat kepada RM38,052,802.62.
Peningkatan ini memperlihatkan keupayaan dan potensi umat Islam
di negeri Johor untuk membayar zakat terutamanya di bandar-bandar
besar seperti Johor Bahru di mana pada tahun 2004 bayaran zakat
di Johor Bahru ialah RM 17.2 juta. Seiring dengan peningkatan tersebut
dan sasaran MAIJ untuk mengutip zakat sebanyak RM50 juta, pembukaan
kaunter pungutan zakat di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang untuk
menunaikan kewajipan.
412 Majikan sertai Skim Infaq
Skim Infaq atau bayaran Zakat Pendapatan
melalui Potongan Gaji bulanan yang dilancarkan pada Oktober 2004
yang lalu mendapat sambutan baik daripada majikan-majikan di sektor
Kerajaan mahupun swasta. Sehingga November 2005 seramai 3,077 pekerja
telah menggunakan kemudahan ini dengan purata bayaran zakat RM300,000
sebulan. Skim ini ternyata amat memudahkan kerana selain daripada
boleh membayar zakat secara bulanan ianya juga mendapat rebet terus
cukai pendapatan terutama bagi mereka yang dikenakan Potongan Cukai
berjadual (PCB) oleh lembaga Hasil Dalam Negeri.
40
tamat kursus baca al-Quran Braille
JOHOR BAHRU, 20 Nov- Kira-kira 40 golongan kurang bernasib baik
yang cacat penglihatan menerima satu set al-Quran tulisan Braille
apabila berjaya menamatkan kursus Intensif Kemahiran Membaca al-Quran
tulisan Braille di Hotel Seri Malaysia, di sini, semalam. Kursus
yang selama dua hari itu adalah anjuran daripada Majlis Agama Islam
Negeri Johor dengan kerjasama Pusat sumber Braille Kuala Lumpur.
Maij
sasar pungutan zakat fitrah RM8.2j
MUAR
: Majlis Agama Islam Johor (Maij) yakin sasaran kutipan RM8.2 juta
zakat fitrah tahun ini akan tercapai di negeri ini.Ketua Penolong
Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf Maij, Ustaz Hj Yahya Ahmad,
berkata kadar bayaran zakat seorang sebanyak RM4.75 iaitu bersamaan
2.6 kilogram atau satu gantang beras.Katanya. bayaran fitrah hendaklah
diserah kepada kira-kira 1, 549 amil bertauliah yang dilantik dan
mempunyai kad kuasa daripada Maij.“Umat Islam digalakkan menunaikan
zakat firah di awal Ramadan lagi bagi membolehkan agihan kepada
fakir miskin dapat disempurnakan sebelum menjelangnya Hari Raya,”katanya.
Agihan
RM27 juta
“terdapat 9,000 golongan fakir dan 27,000 miskin di negeri
ini”
JOHOR
BAHRU : Sebanyak RM27 juta wang zakat sudah disalurkan Agama Islam
Johor (Maij) kepada penerimanya sehingga awal Oktober lalu yang
kebanyakannya golongan fakir serta miskin di seluruh negeri ini.Menteri
Besar, YAB Dato’ Hj Abdul Ghani Othman berkata jumlah fakir
miskin yang menerima wang zakat di negeri ini adalah seramai 9,000
orang, manakala golongan miskin pula 27,000 orang.“Tahun ini,
Maij mensasarkan pungutan zakat RM50 juta berbanding tahun lalu
RM45 juta melalui pelbagai sumber pungutan selain pengenalan skim
potongan gaji untuk zakat pendapatan atau dikenali Skim Infaq.Beliau
berkata demikian selepas menerima wang zakat perniagaan daripada
Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang diserahkan Presidennya,
Tan SriHamad Kama Piah Che Othman.Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif
Maij, Dato’ Omar Awab dan pegawai kanan Maij.
Majlis
sasar Zakat RM 300,000 sebulan
Johor Bahru : Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dijangka
memperoleh RM 300,000 sebulan apabila 4,000 kakitangan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) yang beragama islam menyertai skim potongan
zakat pendapatan dari potongan gaji.
RM
1.8j untuk pelajar miskin
MUAR
: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menyalurkan peruntukan pendidikan
kira-kira RM 1.8juta kepada pelajar Islam kurang mampu di negeri
ini sehingga akhir Julai lalu.
Sasaran
10 rumah miskin setiap daerah
Majlis Agama Islam Johor (Maij) bersedia menimbang cadangan
untuk membina rumah fakir miskin masing-masing 10 unit membabitkan
peruntukan RM 2.5 juta di setiap daerah di negeri ini mulai tahun
hadapan.
KMJ
2005 medium terbaik (RM 1.8 juta zakat diagih)
Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2005
yang berlangsung selama empat hari berakhir Ahad 26 Jun lalu merupakan
medium terbaik bagi merapatkan institusi diraja, anggota kerajaan
negeri dan rakyat jelata seluruh Johor.
|