1) |
Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN (ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah @ melalui laman web : www.maij.gov.my |
2) |
Permohonan borang jawatan kosong melalui pos hendaklah dicatitkan dengan perkataan ‘MEMOHON BORANG PERMOHONAN JAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR’ dan disertakan sekali satu sampul surat berukuran 22cm x 12cm yang beralamat sendiri dan berstem 30 sen. |
3) |
(a) Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut ;- |
|
- gambar berukuran pasport ;
- salinan sijil Kelahiran pemohon ;
- Salinan Kad Pengenalan ;
- Salinan Sijil Keputusan SRP @ PMR, SPM, Diploma, Ijazah dan transkripnya
|
|
(b) Semua salinan sijil dan dokumen hendaklah dicop “DIAKUI SALINAN SAH” dengan dakwat berwarna biru serta ditandatangani oleh pegawai kumpulan Pengurusan Profesional @ yang setaraf dengannya. |
4) |
Sila catit nama jawatan yang dipohon dan tarikh iklan ditutup di penjuru kiri atas setiap sampul surat. |
5) |
Borang permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK. |
6) |
Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Prestasi disertakan bersama. |