| LATARBELAKANG
Majlis Agama
Islam Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1925 di bawah kuatkuasa Bahagian
IV, Bab XV, Lembaga Aturan Bagi Pemerintahan Raja.
FUNGSI
AWAL
-Menguruskan hal ehwal Agama
-Memberi khidmat nasihat mengenai adat istiadat Raja
-Memberi pelajaran / pendidikan kepada kerabat Di Raja.
-Menguruskan kebajikan masyarakat Islam
FUNGSI
UTAMA
- Menguruskan dan mentadbir
Kumpulan Wang Zakat & Fitrah dan mengagihkan
mengikut
asnaf
- Mengurus dan mentadbir
Kumpulan Wang / Harta Baitulmal.
- Mengurus dan mentadbir
Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang Amanah Wakaf.
PERUBAHAN
FUNGSI
Tahun 1936 perlantikan Ahli Majlis dikuatkuasakan melalui Warta Kerajaan.
Dengan
itu fungsi Majlis adalah sebagai Penggubal Dasar Agama Islam bagi Negeri
Johor.
PENUBUHAN
MAJLIS
Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Tahun 1978:
“Hendaklah ditubuhkan sesuatu Majlis Agama
Islam Negeri Johor yang disebutkan dalam Bahasa Inggeris sebagai “
Council of the Religion of Islam Johore “ dan kemudian daripada
ini disebutkan sebagai “ Majlis “ yang kekal turun temurun”.
PINDAAN
ENAKMEN
Seksyen 4(1)
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor Tahun 2003 :
“ Maka hendaklah
ada satu badan bernama “ Majlis Agama Islam Negeri Johor “
untuk membantu dan menasihati Sultan dalam perkara- perkara yang berhubungan
dengan agama Islam "
>>
KEANGGOTAAN DAN STRUKTUR AHLI MAJLIS
>> JAWATANKUASA DI BAWAH MAJLIS
>> ENAKMEN DI BAWAH MAJLIS
|