CARA MEMBELI SAHAM WAKAF


Sebelum pembelian dilakukan pengguna perlu NYAHAKTIF (TURN OFF) POP UP BLOCKER PADA BROWSER INTERNET ANDA. Klik pada bahagian  'TOOLS' untuk nyahaktif tetapan tersebut. Ini bertujuan untuk memaparkan LOGIN BANK ONLINE pengguna setelah memilih pembayaran secara FPX BANK. Kegagalan berbuat demikian akan menghalang pengguna meneruskan transaksi pembayaran.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu sebelum pembelian saham wakaf dapat dilakukan.

Klik pada 'Mendaftar Sebagai Ahli' kemudian, masukkan kesemua maklumat yang perlu pada ruangan yang disediakan.



Pastikan maklumat email dan maklumat untuk log in ke dalam sistem dimasukkan dengan betul.

Selepas pendaftaran dilakukan, sila semak EMAIL yang anda isi dalam borang pendaftaran untuk melakukan proses mengesahkan akaun anda. PASTIKAN ANDA SEMAK JUGA JUNK / BULK FOLDER/ SPAM FOLDER. Proses pengesahan akaun dilakukan dengan klik pada url yang disediakan.

Setelah anda mengesahkan akaun anda, anda boleh log in ke dalam sistem dan memulakan proses untuk pembelian saham wakaf secara online menggunakan cara pembayaran secara FPX (Financial Process Exchange)

Semasa membuat pembelian, anda hanya perlu memilih untuk membeli saham samaada untuk diri sendiri, untuk disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia atau saham yang mewakilkan orang lain.

Kemudian anda boleh memilih jenis saham berdasarkan kepada bilangan projek saham yang diaktifkan pada sistem. Kemudian anda hanya perlu untuk memasukkan jumlah unit yang dibeli pada ruangan yang disediakan. Jumlah amaun yang perlu dibayar adalah Unit Saham x RM 10.00. Jumlah saham akan dipaparkan secara automatik berdasarkan kepada jumah unit yang dikehendaki.

 

Setelah selesai memasukkan unit saham, sila pilih pembayaran menggunakan FPX. Selepas itu anda hanya perlu untuk mengikut semua langkah-langkah untuk melakukan transaksi melalui online bank secara FPX.

Paparan FPX 1

Paparan FPX 2

Pembelian yang dilakukan secara FPX akan mengemaskini sistem saham wakaf sejurus selepas pembayaran berjaya. Status pembelian saham akan segera dikemaskini dan senarai saham akan dikemaskini.

Anda boleh mencetak penyata pembelian saham. Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor akan menghantar resit, Hujah Saham wakaf kepada anda melalui POS menerusi alamat yang dimasukkan semasa pendaftaran.

Semoga pembelian saham wakaf anda akan dapat membantu umat Islam secara UMUM dan segala kebajikan yang anda lakukan akan diredhai dan dirahmati oleh Allah Taala.

Selamat Mewakafkan Harta anda di jalan yang diredhai ALLAH.

** Caj bagi sekali transaksi FPX pembelian Saham Wakaf Johor adalah sebanyak RM0.50sen Sahaja. (CONTOH: Pembelian 1 Unit = RM10.50, Pembelian 30 Unit = RM300.50)