Pengenalan
Sejarah Penubuhan Bahagian Wakaf
-
Ditubuhkan pada tahun 1313 Hijrah bersamaan dengan 1895 Masihi.
-
Pada peringkat awal penubuhannya, ia ditadbir oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.
-
Diserahkan kepada State Secretary Of Johor (Setiausaha Kerajaan Johor) dalam urusan tadbir dan pemegang amanah.
-
Diserahkan kepada Jabatan Agama di bawah pengurusan Yang Di-Pertua Jabatan Agama Islam Johor.
-
Ditempatkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dengan kuatkuasa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 1978/2003.
Objektif Penubuhan
-
Menjelaskan kepentingan Wakaf dalam merealisasikan pembangunan sosio-ekonomi ummah.
-
Memberi kesedaran kepada umat Islam bagi merebut peluang pembangunan untuk memajukan ekonomi Islam.
-
Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
-
Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat tentang pembangunan hartanah wakaf.
Fungsi Utama
-
Mengurus, mentadbir dan menjaga Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang amanah Wakaf.
-
Sebagai pemegang amanah harta-harta yang diwakafkan oleh umat Islam untuk tujuan-tujuan tertentu.
Bidang Kuasa
- Mentadbir harta-harta Wakaf.
- Mendaftar harta-harta Wakaf.
- Mengurus harta-harta Wakaf mengikut tujuan yang telah ditentukan oleh pewakaf.
Pemegang Amanah
- Menurut seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menjadi pemegang amanah tunggal bagi :-
-
Semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas;
-
Semua nazr am ; dan
-
Segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, dan bagi semua apa-apa harta berkenaan wakaf, nazr am atau amanah di Negeri Johor.
Jenis Harta Wakaf di Johor
Wakaf daripada :
- Individu
- Rizab Kerajaan / Pertubuhan ( Irshod )
Wakaf Am dan Khas dalam bentuk dan tujuan :
- Tanah
- Bangunan dan kediaman
- Tapak masjid, surau, sekolah agama, kubur, pertubuhan anak yatim dan lain- lain.
|