FAEDAH
MENGGUNAKAN KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI |
- Menjimatkan
masa tanpa perlu hadir ke kaunter pembayaran zakat
- Mendapat
rebet bagi tolakan cukai pendapatan individu
- Meringankan
bebanan dengan bayaran zakat secara bayaran bulanan
- Mengelakkan
daripada terlepas menunaikan zakat pada waktunya
|
| |
Jadual
(kaedah 3) Potongan Cukai Bulanan |
- Jadual
ini mula berkuatkuasa pada Januari 2000 iaitu sehubungan dengan
semua saraan yang dibayar dalam bulan tersebut bagi membantu majikan
membuat Potongan Cukai Berjadual (PCB)
- Majikan
boleh meremitkan potongan zakat kepada pihak berkuasa zakat selain
daripada membayar potongan cukai bulanan kepada Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN)
- Pelarasan
boleh dibuat dengan mengambil kira jumlah zakat dan mengurangkan
jumlah PCB yang dikenakan bagi setiap bulan
- Ini
bermakna potongan zakat boleh diambil daripada potongan PCB dan
tidak melibatkan potongan tambahan dari pendapatan yang diterima
setiap bulan
- Bagi
mereka yang tidak dikenakan PCB tetapi ingin membuat bayaran zakat
melalui potongan gaji juga boleh menggunakan kemudahan ini
|
Contoh
1 : Gaji Bulan Januari 2004
Potongan PCB Asal = RM 100.00
Potongan Zakat = RM 50.00
PCB Bulan Januari = RM 50.00
( RM 100.00 - RM 50.00 )
Contoh 1 : Gaji Bulan Januari 2004
Potongan PCB Asal = RM 50.00
Potongan Zakat = RM 50.00
PCB Bulan Januari = Tiada
( RM 50.00 - RM 50.00 )
|
Kod Potongan
Kod Potongan zakat melalui potongan gaji oleh pegawai/kakitangan
negeri Johor telah dipersetujui oleh Bendahari Negeri Johor dan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Bagi Badan Berkanun atau Swasta,
kod potongan adalah ditentukan oleh majikan.
Jabatan
|
Kod
Potongan |
Persekutuan
|
4380 |
Negeri
Johor |
2509 |
Badan
Berkanun/Swasta |
Ditentukan
oleh Majikan |
|
Kaedah
Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji |
Pembayaran zakat melalui potongan gaji ini HANYA diurus oleh Pentadbiran Zakat Dan Fitrah di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor. Borang Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji Format B boleh didapati di semua Pejabat Agama Daerah di Negeri Johor. (klik borang Format B)
1.1 TINDAKAN PEMBAYAR
i. Pembayar hendaklah mengisi Borang Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji Format B yang
disediakan oleh Pentadbir Zakat dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan lengkap.
ii. Serahkan borang yang lengkap diisi kepada majikan dan dapatkan persetujuan majikan bagi menggunakan
kemudahan ini.
iii. Bagi pembayar yang hendak membuat pembayaran tambahan, pengurangan jumlah potongan atau
bertukar majikan, pembayar dikehendaki mengisi borang baru.
1.2 TINDAKAN MAJIKAN
i. Majikan dikehendaki menghantar borang yang telah disahkan ke Majlis Agama Islam Negeri Johor bersama senarai nama pembayar dan cek pembayar atas nama JAWATANKUASA ZAKAT DAN FITRAH JOHOR.
ii. Bagi potongan bulan berikutnya, majikan hanya perlu menghantar senarai nama pembayar beserta nombor
kad pengenalan lama dan baru, jumlah potongan zakat dan cek pembayaran.
iii. Majikan hendaklah menghantar segera potongan zakat bagi bulan Disember pada setiap tahun
untuk direkodkan sebagai pembayaran tahun semasa. Kelewatan menghantar potongan zakat dalam
bulan tersebut menyebabkan potongan tidak dapat dikreditkan pada tahun semasa.
1.3 TINDAKAN MAIJ
i. Majlis Agama Islam Negeri Johor akan mengesahkan terimaan dan mengembalikan semula dua salinan
untuk simpanan majikan dan pembayar.
ii. Jumlah potongan zakat akan dikreditkan ke dalam lejar (akaun) pembayar pada setiap bulan.
|
Resit
Bayaran |
Slip pembayaran zakat pada setiap bulan hanya dikeluarkan kepada majikan sahaja sementara rekod pembayaran
individu akan dikreditkan ke dalam lejar (akaun) pembayar.
|
Penyata
Pembayaran Tahunan |
3.1 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memberikan kebenaran menggunakan Penyata Pembayaran
Tahunan yang mana ianya akan digunakan bagi menggantikan resit rasmi bagi rebet cukai setiap individu.
3.2 Penyata Pembayaran Tahunan bagi setiap individu dikeluarkan pada awal tahun berikutnya selepas 12 kali
(Jan-Dis) pembayaran diterima.
3.3 Penyata Pembayaran Tahunan hendaklah diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bersama dengan
Borang Taksiran Cukai tahun semasa.
3.4 Sekiranya berlaku pertukaran alamat surat menyurat, pembayar dikehendaki memaklumkan ke Pentadbiran
Zakat dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan mengisi borang kemaskini supaya Penyata
Pembayaran Tahunan dapat dihantar ke alamat terbaru.
|
Panduan
SKIM INFAQ
Tindakan
Pembayar |
} |
Pekerja
melengkapkan borang |
V |
Serahkan
borang kepada majikan |
|
|
V |
Tindakan
Majikan |
} |
Majikan
membuat potongan |
V |
Hantar
borang, senarai nama pekerja dan cek bayaran ke MAINJ |
|
|
V |
Tindakan
MAIJ |
} |
MAINJ
mengeluarkan slip bayaran kepada majikan |
V |
MAINJ
keluarkan Penyata Pembayaran Tahunan |
|