Pembayaran zakat melalui potongan gaji ini HANYA diurus oleh Pentadbiran Zakat Dan Fitrah di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Borang Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji Format B boleh didapati di semua Pejabat Agama Daerah di Negeri Johor.
1.1 TINDAKAN PEMBAYAR
i. Pembayar hendaklah mengisi Borang Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji Format B yang disediakan oleh Pentadbir Zakat dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan lengkap.
ii. Serahkan borang yang lengkap diisi kepada majikan dan dapatkan persetujuan majikan bagi menggunakan kemudahan ini.
iii. Bagi pembayar yang hendak membuat pembayaran tambahan, pengurangan jumlah potongan atau bertukar majikan, pembayar dikehendaki mengisi borang baru.
1.2 TINDAKAN MAJIKAN
i. Majikan dikehendaki menghantar borang yang telah disahkan ke Majlis Agama Islam Negeri Johor bersama senarai nama pembayar dan cek pembayar atas nama JAWATANKUASA ZAKAT DAN FITRAH JOHOR.
ii. Bagi potongan bulan berikutnya, majikan hanya perlu menghantar senarai nama pembayar beserta nombor kad pengenalan lama dan baru, jumlah potongan zakat dan cek pembayaran.
iii. Majikan hendaklah menghantar segera potongan zakat bagi bulan Disember pada setiap tahun untuk direkodkan sebagai pembayaran tahun semasa. Kelewatan menghantar potongan zakat dalam bulan tersebut menyebabkan potongan tidak dapat dikreditkan pada tahun semasa.
1.3 TINDAKAN MAIJ
i. Majlis Agama Islam Negeri Johor akan mengesahkan terimaan dan mengembalikan semula dua salinan untuk simpanan majikan dan pembayar.
ii. Jumlah potongan zakat akan dikreditkan ke dalam lejar (akaun) pembayar pada setiap bulan.