PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 100 TAHUN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Objektif
Objektif pertandingan ini adalah untuk mendapatkan satu (1) logo bagi sambutan ulang tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang ke-100.
Latar Belakang
Pada 2025, MAINJ akan meraikan sambutan ulang tahun ke-100. Sambutan ini dijenamakan sebagai “MAINJ100TAHUN”. Pelbagai aktiviti dan program akan dilaksanakan bagi tujuan sambutan ini. Justeru, Jawatankuasa MAINJ100TAHUN menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo yang akan menjadi identiti dan simbolik kepada MAINJ100TAHUN. Logo ini akan diguna pakai dalam kesemua aktiviti promosi, pameran, atau percetakan sambutan MAINJ100TAHUN.
Syarat Penyertaan
- Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh Bangsa Johor beragama Islam yang berumur 18 tahun dan ke atas.
- Ahli jawatankuasa MAINJ100TAHUN / panel penilai TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu (1) logo sahaja akan dipilih sebagai pemenang.
- Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.
- Peserta hendaklah menghantar hasil ciptaan ke alamat e-mel 100tahunmainj@gmail.com beserta maklumat diri seperti nama, no kad pengenalan, alamat dan no telefon.
- Penyertaan logo mesti dihantar sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan pada 10 September 2024, Selasa, sebelum jam 5.30 petang.
- Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan akan menjadi hak milik MAINJ dan tidak boleh dikembalikan. MAINJ adalah berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.
Spesifikasi
- Relevan dengan Tema: Logo mestilah mencerminkan tema “Islam Dimartabat, Raja Berdaulat, Negeri Berkat, Seabad Bersama MAIJ”.
- Identiti Johor: Logo perlu mengandungi elemen-elemen yang menggambarkan identiti dan warisan Negeri Johor.
- Kreatif dan Inovatif: Rekaan logo haruslah kreatif, inovatif dan original. Ia tidak boleh meniru atau menyerupai mana-mana logo yang sedia ada.
- Warna dan Bentuk: Pemilihan warna dan bentuk mestilah sesuai dengan tema dan boleh diterima dari sudut budaya dan agama.
- Kebolehbacaan: Jika logo mengandungi teks, teks tersebut mestilah mudah dibaca dan jelas.
- Penggunaan Teknologi: Logo hendaklah dihasilkan menggunakan perisian grafik yang sesuai dan dihantar dalam format yang berkualiti tinggi (seperti AI, EPS, PDF, PNG).
- Mudah Diingat: Logo hendaklah mudah dikenali dan diingat oleh masyarakat umum.
- Versatiliti: Logo haruslah versatil, sesuai digunakan dalam pelbagai medium seperti cetakan, digital, pakaian, dan lain-lain.
- Saiz dan Resolusi: Logo hendaklah bersaiz sekurang-kurangnya 300 dpi dan dalam resolusi yang tinggi supaya tidak pecah atau kabur apabila diperbesar. Reka bentuk hendaklah dihasilkan di dalam lingkungan petak bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dalam bentuk “softcopy” menggunakan format AI (Adobe Illustrator), PDF, PNG atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
- Keterangan Rekaan: Pereka dikehendaki memberikan keterangan ringkas mengenai inspirasi dan maksud di sebalik rekaan logo yang dihantar.
Hadiah Pertandingan
- Hanya satu (1) ciptaan sahaja akan dipilih sebagai pemenang utama dan akan menerima hadiah wang tunai RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja).
- Para pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon, surat atau e-mel.
Pastikan semua syarat-syarat ini dipatuhi untuk penyertaan yang sah dan diterima oleh pihak penganjur.
Muat turun:
( TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO100 TAHUN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR )