PELAJAR JOHOR SELAMAT TIBA DI JORDAN

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah lima orang pelajar Johor berlepas menaiki pesawat Qatar Airways telah selamat tiba di negara Jordan bagi menyambung pengajian di sana.

Turut mengiringi dan memberi taklimat penerbangan, Pendaftar Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH), Ustaz Muhammad Sanusi Md. Noh di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Setiba di Queen Alia International Airport Jordan, pelajar disambut dan diurus terus ke cawangan masing-masing oleh Pegawai Atase Pendidikan Education Malaysia Jordan, Ustaz Nizam Wahab dan wakil pelajar Johor, Ustaz Faliq Izzuddin.

Pihak MAINJ melalui wang zakat memperuntukan kepada setiap pelajar:

1. Tiket penerbangan RM3,428.00
2. Kos saringan Covid-19 di Jordan RM240.00
3. Dermasiswa RM8,000.00 setahun

Semoga pelajar dapat menyesuaikan diri di sana serta pulang dengan keputusan yang cemerlang, Amin Ya Rab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT