Adik Allesha perlukan cuping

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

MAINJ ziarah adik Allesha yang memerlukan cuping dengan kos RM 60,000.

Adik Allesha jika diperhatikan adalah seorang yang agak sempurna, namun kanak-kanak yang berusia 4 tahun ini diberi ujian oleh Allah ﷻ kepada diri dan keluarga dengan sakit yang ditanggung.

Telinga kanan adik Allesha tidak berfungsi 100% dan memerlukan rawatan segera kerana pendengaran telinga kiri adik Allesha telah mula menurun.

Tidak hanya telinga, adik Allesha mempunyai masalah usus, sehingga kini adik Allesha hanya boleh makan bubur, dan adik Allesha tidak boleh keluar rumah kerana anak kecil ini tidak mempunyai antibodi yang kuat

Bagi rawatan telinga kanan adik Allesha kosnya adalah sebanyak RM 5,800, pihak MAINJ akan berbincang dengan bahagian kerja sosial Hospital bagi menampung kos rawatan tersebut, bagi masalah usus yang dialami, pihak MAINJ akan membantu untuk keperluan susu bulanan kepada adik Allesha bagi meringankan kos yang berjumlah RM940 sebulan. Bagi Kos untuk cuping memerlukan masa yang sesuai dengan usia adik Allesha untuk pembedahan tersebut.

Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru Ustaz Firdaus Hamid menyampaikan sumbangan tunai kepada adik Allesha untuk memenuhi keperluannya. Turut hadir Ustaz Zakuan Ghazali Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ

Mudahan anak hebat ini Allah ﷻ berikan kekuatan kepadanya dan kedua ibu bapanya.

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks yang berkata 'Cuping telinga RM60,000'