MAINJ ziarah serta menyampaikan sumbangan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Amin Baitulmal daerah Kulai Ustaz Luqmanul Hakim Ab Rahman, ziarah serta menyampaikan sumbangan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS):

1. Sekolah Kebangsaan Kampung Murni Jaya.
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu.
3. Dewan Raya Taman Senai Utama.
4. Sekolah Kebangsaan Senai.

Kesemua mangsa banjir dipindahkan apabila kediaman masing-masing dinaiki air kerana hujan tanpa henti selama dua hari berturut-turut dikebanyakan kawasan di negeri Johor.

Diantara keperluan yang diserah seperti susu, pampers kanak-kanak dan pampers dewasa.

Apa yang terfikir di fikiran Amin Baitulmal daerah Kulai ialah, apabila masing-masing kembali ke kediaman nanti, sudah pasti kebanyakan barang-barang keperluan asas rumah, pakaian dan lain-lain yang rosak serta memerlukan perbelanjaan yang besar bagi tujuan tersebut, tambahan pula sekolah yang akan dibuka tidak lama lagi.

Semoga mereka yang diuji bersabar dan terus diberi kekuatan. Amin Ya Rab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT

#MainjPrihatin