MAINJ ziarah kediaman yang rosak akibat kebakaran dan ribut

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Disaat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Allah uji mereka dengan kerosakan pada kediaman akibat kebakaran dan ribut. Kami lihat raut wajah mereka nampak sedih, tetapi tetap reda dengan ketentuan Maha Pencipta.

Rumah pertama di Kampung Tenglu Laut, Mersing, terlibat dengan kebakaran, kami beri sumbangan wang tunai sebanyak RM3,000 dan rumah ke dua pula akibat ribut di Kampung Paya Tinggal, kami beri sumbangan tunai RM800.

Semoga dengan pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Hadir sama, Amin Baitulmal Daerah Mersing, Ustaz Khairul Anuar Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau YB Puan Hajah Alawiyah Talib dan Penghulu Mukim Jamaluang.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin