MAIJ sumbang peralatan mesin oksigen

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

“Sekarang anak saya pakai mesin oksigen hospital punya, hospital cakap ni sementara sahaja, dalam masa yang sama kena cari/beli yang lain, harga pun dalam 4 ribu lebih kalau nak beli.”

Bapa mana yang tak risau, anak baru berusia 4 bulan diuji dengan masalah jantung dan gangguan pernafasan serta memerlukan bantuan peralatan oksigen setiap hari. Beliau bawa bersama gambar anaknya tadi, Allahu, comel sangat kami tengok.

Alhamdulillah, harini kami sumbang mesin oksigen untuk kegunaan anaknya, moga sedikit sebanyak mengurangkan beban beliau sekeluarga.

Sebelum balik kami juga beri sedikit wang tunai kepada beliau, didoakan semoga Allah ﷻ memberi kekuatan, kesihatan dan dipermudahkan urusan beliau sekeluarga.

‎آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

#MainjPrihatin