MAINJ melawat En.Said di Skudai

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Pagi tadi MAINJ melawat pakcik Said di Skudai yang terpaksa menjadikan van sebagai tempat berteduh bila hujan.

Sebelum ini beliau bekerja sebagai pemandu lori dan disebabkan faktor usia beliau hilang punca pendapatan. Rumahnya dibina di atas tanah rizab JPS dan tidak mampu untuk membaiki rumah tersebut, apabila hujan keluarga ini akan menjadikan van lama sebagai tempat berteduh. Malangnya, van tersebut telah rosak akibat banjir, baru-baru ini.

Pihak MAINJ, JKM dan Pejabat Daerah akan membantu beliau bagi mendapatkan rumah yang lebih selesa.

Sebelum beransur, kami beri sedikit duit belanja dan barang dapur untuk keperluan beliau.

Didoakan agar Allah ﷻ memberikan kesihatan yang baik kepada encik said dan isterinya

‎آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin