Menziarahi abang Firdaus

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Menziarahi abang Firdaus, beliau tiada sumber pendapatan buat masa ini, mempunyai 2 orang anak dan bakal menerima anak ketiga tidak lama lagi.

Sedih kami tengok, rumah yang beliau duduk sekarang tiada sumber air bersih, hanya mengharapkan tadahan hujan dan sungai berdekatan.

Kami hadir bersama pihak JKM dan Pegawai Khas parlimen kawasan. Sebelum balik kami beri sedikit duit belanja dan keperluan makanan asas untuk beliau dan keluarga.

Selain Itu, beliau dan MAINJ turut berusaha membantu mencari kediaman dikawasan berdekatan yang sesuai dan selesa untuk dihuni. Moga Allah permudahkan urusan abang dan keluarga ya, Amin Ya Rab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin