MAIJ ziarah Puan Norilah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Tabah kami tengok mak cik Norilah walau dah berusia 70 tahun, ada sakit kaki/lutut (kencing manis) tetapi tetap menjaga 6 orang cucu yang semuanya masih bersekolah.

Makcik Norilah meraih pendapat dengan berniaga sarapan pagi secara kecil-kecilan di tepi rumahnya.

Besar ujian makcik Norilah, sedih sangat kami dengar cerita dari beliau. Suaminya baru meninggal dunia, anak perempuannya diuji masalah mental dan menghilangkan diri.

Walau nampak penat, tapi kami yakin, dengan ada cucu-cucunya di disi, itulah yang beri kekuatan pada dirinya.

Sebelum balik kami beri sedikit duit belanja dan mempertimbang untuk beri bantuan secara bulanan.

Didoakan agar Allah ﷻ memberikan kesihatan yang baik dan kekuatan kepada beliau.

‎آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin