Keluarga 9 anak dibantu

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

9 orang anak masih sekolah, Alhamdulillah, murah rezeki kakak, walaupun ramai anak, kakak Norliza boleh mengurus keluarga dengan baik, anak-anak pun semua baik-baik dan comel.

Beliau bagi tahu, yang pendapatanya terjejas sejak arahan PKP, beliau ambil upah mengurut, suami pula berkerja di bengkel berdekatan.

Sebelum balik kami beri sedikit duit untuk belanja keperluan beliau dan keluarga.

Moga anak-anak kakak semua sihat, bila besar nanti jadi orang yang berjaya dan insya Allah akan membantu kakak dan suami.

Hadir menyerahkan sumbangan, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Encik Khairul Nizam Mat Said.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#kamiada