Menjejaki asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sudah lama kami cari kak Julie, beliau merupakan salah seorang penerima bantuan zakat , sebelum ini kami tempatkan beliau di rumah transit MAINJ secara percuma, siap semua kami masukkan, tikar getah, lampu, kipas, dapur memasak dan lain-lain, selesa untuk beliau dan keluarga, tapi beliau keluar dengan sebab-sebab tertentu.

Kak Julie ada 9 orang anak dan seorang cucu. Beliau terima bantuan secara bulanan dari MAINJ dan JKM, sekarang beliau berniaga di kawasan sekitar dengan menjual tempe dari rumah ke rumah.

Kami akan bantu carikan kediaman yang lebih selesa dan akan melihat keperluan anak-anaknya dari semasa ke semasa.

Sebelum balik kami beri sedikit duit untuk keperluan makan dan minumnya. Moga anak-anak kak Juli membesar dengan sihat, bila dah besar boleh ubah kehidupan keluarga, Amin Ya Rab.

Hadir ziarah dan menyampaikan sumbangan, Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru, Ustaz Firdaus Abdul Hamid.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#kamiada