Bantuan perubatan dan rawatan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kos perubatan dan rawatan mahal RM 44,496.00 setahun, beliau perlukan ubat-ubatan khas bagi keperluan harian, kalau tak makan dia cakap akan ada kesan sampingan yang lain.

Adik Shahari mengidap penyakit “Multiple Sclerosis” sakit saraf.

Allah uji adik ni di usia 22 tahun. Kami ziarah beliau semalam, Alhamdulillah, peramah sangat, nampak gembira bila kami datang ziarah.

Beliau merupakan anak tunggal, segala perbelanjaan ditanggung oleh ibunya yang bekerja disebuah pasaraya berdekatan kediaman.

Kami akan tanggung Kos keseluruhan RM 44,496.00 untuk tempoh setahun, insya Allah jika memerlukan beliau akan mohon untuk tahun berikutnya.

Kami beri kata-kata semangat sebelum balik, kami juga doakan agar Allah beri kesembuhan segera kepada beliau.

Kami yakin beliau nak sangat kehidupan hariannya sama seperti kawan-kawan sebaya yang lain.

Hadir menyerahkan sumbangan Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Zakuan Ghazali & Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru, Ustaz Firdaus Abdul Hamid.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#kamiada