Menziarahi asnaf

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Sebak kami lihat mak cik ni, beliau lebih mesra bahasakan dirinya dengan panggilan mak, jadi sepanjang berbual kami panggil beliau mak, terasa lebih dekat, macam dah lama kenal.

Semalam petang kami datang ziarah, masa kami datang, anaknya yang duduk di rumah lain pun ikut sekali, mak cik ni tinggal dengan anak bongsunya kat sini.

Bila sampai kami agak terkejut juga tengok rumahnya, bila jumpa dan berbual, memang mesra, sentiasa senyum dan ketawa, mungkin gembira bila ada yang datang bertanya khabar.

Sesekali kami usik “mak tak nak duduk dengan anak ke”? dia ketawa dan cakap, mak dah biasa duduk sini, dah lama duduk sini, kalau pergi rumah anak-anak pun sehari dua je, lepas tu nak balik sini semula, mak selesa kat sini.

Alhamdulillah, anak-anak pun selalu datang tengok mak cik ni, baik-baik semua anaknya, memang tak pernah abaikan emaknya, selalu juga bawa maknya ke rumah mereka.

Makcik ni salah sorang dari penerima duit bulanan MAINJ, sebelum beredar kami beri sedikit duit dan barang keperluan asas makanan.

Kami dimaklumkan anak beliau telah berurusan untuk menempatkan ibunya ke kediaman yang lebih selamat.

Terima kasih ketua masyarakat setempat, dan agensi berkaitan yang sama-sama peduli.

Moga mak cik terus diberi kesihatan yang baik ya, Amin Ya Rab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda