Ziarah dua buah rumah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Semalam kami ziarah, tanya khabar ke dua buah rumah di daerah Muar dan Batu Pahat untuk sampaikan sumbangan baik pulih dan sedikit keperluan barangan perniagaan.

Sumbangan ini akan dibiayai oleh YAPEIM, kami diperingkat MAINJ bantu mencadangkan penerima dan kelayakan pula akan dinilai oleh pihak YAPEIM.

Moga Allah permudahkan semua urusan mereka dalam melaksana kerja-kerja kebajikan dan semoga mereka yang bakal menerima sumbangan tersebut dapat menggunakan nya sebaik mungkin ya. Amin Ya Rab.

Turut hadir ziarah bersama, Penolong Pengarah Agihan Zakat, Ustaz Zakuan Ghazali, Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf, Ustaz Nazarul Zakaria, Amin Baitulmal Daerah Muar, Ustaz Adzrul Taib dan Amin Baitulmal Daerah Batu Pahat Ustaz Sidek Maidin Kutty serta wakil YAPEIM negeri Johor.

#MainjPrihatin
#KamiAda

Daerah Batu Pahat bersama Ustaz Sidek Maidin Kutty

Daerah Muar bersama Ustaz Adzrul Taib