Seramai 5 orang asnaf terpilih menerima kediaman baru

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allahu, gembira sangat mereka harini, awal pagi lagi mereka bersiap, pakai cantik-cantik semua untuk terima kunci rumah, beberapa dari mereka kami ambil di rumah, dan kami hantar semula balik dan ada yang anak-anak mereka hantar ke lokasi program.

Seramai 5 orang asnaf yang terpilih akan dapat kediaman baru, Ada yang berulang kali ucap terima kasih kepada kami, rasa nak mengalir air mata kami tengok mereka semua sebab terlalu gembira.

Terima kasih kami ucapkan kepada SUK perumahan kerana memberi laluan kepada penerima-penerima bantuan bulanan kami untuk duduk di rumah tersebut.

InsyaAllah bila nak pindah nanti kami akan sama-sama bantu dan jika memerlukan pengangkutan kami juga akan bantu.

Kami kongsikan sikit beberapa kediaman mereka sebelum ni di bawah ya.

#MainjPrihatin
#KamiAda

Kediaman puan Fatimah sekarang

Tempat pakcik Said berteduh jika hujan.
Pak cik Said dan isteri