Ziarah rumah transit MAINJ

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Petang tadi, kami ziarah ke beberapa rumah transit MAINJ, bertanya-tanya khabar, alhamdulillah kami lihat mereka dan anak-anak semua sihat dan baik.

Selain daripada itu kami bawa sedikit hadiah buat anak-anak mereka seperti beg sekolah dan peralatan menulis, moga bila besar semua berjaya dan boleh bantu keluarga ya.

Hadir menyerahkan sumbangan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Khairul Nizam Mad Said.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda