Bantuan rumah untuk Pak Dolah

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Gembira pak Dolah dan isteri dapat rumah baru, kalau tengok rumah lamanya kesian sangat, terlalu uzur, dah tak selamat dah untuk duduk.

Bahagian ruang tamu dan lantai habis roboh, dinding pon dah banyak yang pecah, pak Dolah isteri dan anaknya hanya duduk di ruangan dapur aje, kat situlah dia duduk, kat situlah dia makan dan kat situlah tempat dia tidur, Allahu.

Sekarang pak Dolah dah tak boleh kerja kerana faktor usia dan kesihatan, isteri pon sakit, bergerak guna kerusi roda. Pak Dolah ada seorang anak kelainan upaya (OKU) di bawah tanggugannya.

Alhamdulillah, kami buatkan rumah baru untuk pak Dolah, rumah ni ada 3 bilik tidur, siap dengan bilik air, insyaAllah selesa untuk pak Dolah, isteri dan anaknya.

Moga Pak Dolah sekeluarga selesa dengan kediaman ni ya, selain dari tu kami beli dan bawakan sekali kerusi roda yang baru untuk isterinya.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda